[… Franklin Bulls memulakan penguasaan bola terus menerusi Payton Hughes tetapi Kendry Rams pantas mencuri peluang — mereka cuba melancarkan serangan balas, dan di sana pemain muda Tom Isaac menunggu. Isaac bukan pemain pertahanan — cuma menunggu di hujung gelanggang. Mereka menggunakan pertahanan zon kotak dan membiarkan Isaac berada di luar, menunggu peluang. Hantaran 'Hail Mary' dicuba, tetapi Bulls kembali menguasai bola — tiada peluang untuk hantaran jauh itu. Satu taktik yang menarik. Ya, pemerhatian yang sangat menarik — sepanjang sesi pertahanan tadi Isaac hanya berada di bahagian gelanggang sebelah sini. Sekarang dia cuba melakukan lontaran tiga mata untuk dua kali berturut-turut — tak masuk. Adakah mereka dapat melakukan serangan kedua? Martin! Satu peluang kedua yang hebat untuk Rams. Sekali lagi, Martin juga seperti Isaac, tidak bermain pada posisi asalnya. Belum pernah saya melihat apa-apa seperti ini dalam permainan bola keranjang. Amat mendebarkan corak permainan pasukan Rams ini dan sangat aneh …]  | Entry #38798 — Discuss 0 — Variant: Malaysianmalamay
 Winner | Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
|---|
19 | 4 x4 | 1 x2 | 1 x1 |
|
...Franklin Bulls dengan pemilikan pertama dan sebaik sahaja Payton Hughes mendapatkan bola, Kenry Rams merampasnya mencuri serangan pantas. Di situ ada Tom Isaac. Tom Isaac tidak terlibat di dalam pertahanan permainan itu. Mereka hanya bermain di zon kotak dan meninggalkannya di luar. Mereka akan melakukan 'Hail Mary' tetapi Bulls kembali tepat pada masanya jadi tiada peluang 'Hail Mary' pada taktik yang menarik itu. Pemerhatian yang sangat menarik.. Isaac hanya duduk di sebelah gelanggang di keseluruhan set pertahanan itu. Dia cuba melakukan lontaran tiga mata berturut-turut tetapi tidak berjaya. Bolehkah mereka mendapatkan serangan juga? Peluang kedua permainan hebat Martin untuk Rams tetapi sekali lagi, dia tidak bermain. Saya tidak pernah melihat permainan bola keranjang sehebat ini daripada Rams. Sungguh pelik.. | Entry #38753 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
| Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
|---|
14 | 1 x4 | 4 x2 | 2 x1 |
|
[… pasukan Franklin Bulls akan menjadi yang pertama mendapatkan bola dan Payton Hughes terus menerima bola di tangannya dan beralih pula kepada Kendry Rams yang pantas merampas bola tersebut lalu menggelecek dan itu dia di sana ada si muda Tom Isaac. Tom Isaac bukan sebahagian daripada posisi pertahanan dalam permainan ini, dia cuma- dia memilih yang terbaik- apa yang- dia bukan bertindak sebagai posisi pertahanan mereka mengawal di satu kawasan- satu kawasan tertentu dan membiarkan sahaja Isaac di luar kawasan tersebut dan mereka akan melakukan lontaran Hail Mary (lontaran jauh 6 mata) namun pasukan Bulls segera menghalang, lontaran Hail Mary itu gagal dilakukan. Taktik yang menarik. Ya, pemerhatian yang sangat menarik oleh Isaac sepanjang set pertahanan itu di sisi gelanggang ini, dia menyasarkan tiga mata dengan melakukan lontaran berturutan. Tidak berjaya. Dapatkah mereka juga melakukan lontaran semula? Martin, cubaan lontaran kedua yang sangat bagus di situ untuk pasukan Rams sekali lagi dia tidak ikut bermain, saya tidak pernah melihat situasi seperti ini di dalam pertandingan bola keranjang, permainan yang menarik oleh pasukan Rams. Ianya sangat aneh …]  | Entry #38780 — Discuss 0 — Variant: Malaysianmalamay
| Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
|---|
14 | 2 x4 | 2 x2 | 2 x1 |
- 1 user entered 1 "dislike" tag
lontaran jauh 6 mata | Mistranslations | Azman Salleh No agrees/disagrees | |
|